Monday, November 28, 2011

BUBUR AYAM SELATAN


Bahan-bahan ( 3-4 org )

1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
1 1/2 inci halia di ketuk / titik
2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
sedikit garam
1 liter air

* GARNISH *
lada merah
daun bawang n daun sup
sedikit mninyak bijan

* AKSESORI TAMBAHAN *
ikan bilis n kacang digoreng
lada jeruk
telur masin


Cara-cara

1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcm mana kita nak
3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik...

Friday, November 18, 2011

Donut Homemade


Sesapa yg gemar sangat makan donut, boleh la try buat sendiri di rumah yerp....nanti boleh la gebu macam donut...hehe

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara

1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Selamat Mencuba!!

Nasi Goreng Cina


Bahan-bahan ( 3 org mkn )

3 cawan nasi
2 biji telur
sayur campur
2 sudu besar sos tiram
3 ulas bwg putih
3 biji bwg merah


Cara-cara

1. Tumbuk bwg putih dan bwg merah.
2. Tumis bahan2 yang ditumbuk. Masukkan sos tiram.
3. Masukkan sayur campur. Biar seketika sehingga sayur agak lembut.Tambah sedikit garam.
4. Masukkan telur dan kacau.
5. Last sekali masukkan nasi.
6. Kalau nak pedas, letakkan beberapa biji cili padi dlm step 2.
7. Goreng sehingga garing.

Nasi Hujan Panas



Bahan-bahan ( for 8 org makan )


6 pot kecil Beras biasa (brasmathi pun boleh)
1 sudu minyak sapi
1 sudu susu pekat
Rempah 4 sekawan (bg lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh)
Garam secukup rasa
1 Bawang besar dihiris
Minyak untuk menumis
2 helai daun pandan
1 Sudu sos tomato
1 inci halia diketuk
Pewarna ikut suka, saya guna hijau, kuning n merah


Cara-cara

Basuh beras & sukat air macam masak nasi biasa
Panaskan minyak untuk menumis
Masukkan bawang & rempah & halia & daun pandan. Tumis sampai naik bau
Kemudian masukkan sos tomato, susu, minyak sapi & garam.
Sudah menggelegak masukkan bahan tadi dalam periuk nasi n kacau sebati
Setelah nasi agak kering cucukan lidi bersama pewarna td ke dalam nasi. Biar sehingga setengah jam baru di kacau.

Mee Hailam Best!!



BAHAN-BAHAN:
resepi untuk makan 4-5 orang


300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball
1 peket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya

Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

CARA-CARA MEMASAK:

- Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .

-Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

- Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

- Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .

Cucur Udang Resipi Bonda




Bahan-bahan:-

Untuk sos :
1) 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
2) 2 ulas bawang putih (ketuk)
3) 1 cm halia
4) 1 sudu teh garam
5) 2 sudu makan gula
6) 2 sudu makan gula merah
7) ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar separa halus)

Untuk cucur :
1) 1kg tepung gandum
2) 300 gram udang basah (saiz kecil / sederhana)
3) 2 pokok daun bawang (potong kecilkecil)
4) 500 gram taugeh
5) 1 sudu teh baking powder
6) 1 sudu teh garam
7) ½ sudu teh serbuk kunyit
8) Air secukupnya
9) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)

hai,,,kalau ptang-petang camni seronok kalau dapat makan Cucur Udang kan??Pekena plak dengan air teh panas di bangku halaman rumah bawah pokok kelapa pandan,,,huishh,,,,syok habis,,,jom la kita try masak2 ni,,,,

Cara-cara :-

Untuk sos cucur udang :
1) Satukan semua bahan kecuali kacang tanah di dalam periuk. Reneh dan kacau
sehingga gula larut. Biarkan mendidih seketika.
2) Masukkan kacang tanah. Tutup api dan ketepikan.

Untuk cucur :

1) Campurkan kesemua bahan kecuali udang dan minyak masak di dalam mangkuk.
Bancuh pekat dengan air yang mencukupi. Biarkan selama 1 jam.
2) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
3) Kaup adunan dengan senduk separa bulat, letak 1 / 2 ekor udang basah di atas
adunan. Masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Goreng sehingga
keemasan. Angkat dan tos.
4) Hidang bersama sos cucur udang.

Thursday, November 17, 2011

Nasi Beriani Simple


Bahan-bahan ( 6 - 7 orang )

1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
1 tin kecil minyak sapi (ghee)
1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
3 biji bawang besar, dihiris halus
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar
Segenggam bawang goreng
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas
1 kiub ayam maggi
Garan secukup rasa
Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)


Cara-cara

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
3. Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
4. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.

Penang Char Kuey Teow



Bahan-bahan ( 2 org )

* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara

UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.


**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Monday, February 14, 2011

Telur Bungkus Jukaiyi


Memasak sendiri di rumah merupakan suatu amalan yang menjimatkan bagi keluarga. Namun, hari ini kebanyakan ibu dan ayah bekerja 'office hour' dan kadangkala tidak sempat menyediakan makanan hasil air tangan sendiri. Alasan yang biasa diberikan adalah tidak sempat atau kepenatan bekerja.

Jadi, hari ini kami cuba kongsikan satu resepi yang mudah dan cepat untuk disediakan.

Bukan sekadar mengambil masa yang sedikit untuk disediakan, malah kami pasti ia adalah hidangan yang sedap!



Bahan - Bahan

6 biji telur

1 labu bawang besar(dimayang)

4 ulas bawang putih (didadukan)

1 biji kentang (didadukan)

1 batang lobak (didadukan)

Sedikit daging ayam-bahagian dada (dipotong nipis)

3 batang crabstick (boleh juga guna isi ketam)

1 sudu besar serbuk kari

3 sudu besar tomato puri

1 sudu besar chili powder (bancuh bersama sedikit air)

1 sudu besar lada hitam

1 kiub pati ayam

Sedikit daun sup, garam dan gula


Cara-cara

1. Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila dah garing, masukkan lada hitam.

2. Kemudian, masukkan ayam dan crabstick. Bila ayam dah kecut, masukkan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air, tomato puri, kiub ayam dan serbuk kari.

3. Bila dah nampak garing, masukkan lobar dan kentang. Biarkan sampai empuk.

4. Kemudian masukkan pula daun sup.

5. Angkat and asingkan di dalam bekas.

6. Dadarkan 3 biji telur di dalam kuali. Kemudian letakkan bahan-bahan inti tadi di atas telur tersebut. Tunggu kering sedikit kemudian dadarkan 3 biji telur lagi kat atas inti itu.

7. Terbalikkan telur tersebut. Bila dah masak angkat dan boleh dihidangkan.

Saiz hidangan : 3 orang

Sunday, February 13, 2011

Nasi Ayam Resepi Jukaiyi



Andai ke rumah mertua, jangan segan silu bertanya resepi ibu mertua kita. Jika kita seorang isteri, tentu ibu mertua kita tahu apa makanan kegemaran suami dan begitu juga sebaliknya. Selepas dah tahu, boleh lah cuba masak dan hidangkan untuk pasangan anda!

Berikut adalah resepi nasi ayam saya yang ingin saya kongsikan bersama bagi yang segan bertanya :

Bahan-Bahan

Sup


kepingan ayam bahagian tulang
bawang putih dihiris
halia dihiris
bawang besar dihiris
kulit kayu manis
1 batang bunga lawang
2 kuntum buah pelaga
4 biji
Cara Memasak :
1. Semua bahan di atas direbus sekali sehingga masak tanpa garam.
2. Ambil 2 cawan sup dan simpan.
3. Kemudian barulah ditambah garam secukup rasa.
4. Taburkan daun bawang dan daun sup untuk bau yang lebih enak.


Nasi

2 cawan beras (hidangan 4 orang)
2 cawan air sup (tanpa garam)
bawang besar dihiris
bawang putih dihiris
bunga lawang
2 kuntum kulit kayu manis
1 batang halia dihiris
buah pelaga 4 biji
Cara Memasak :
Sila tumis semua bahan dengan sedikit minyak sehingga garing kecuali sup dan beras
1. Masukkan beras yang telah dibasuh, bahan yang telah digoreng dan air sup ke dalam periuk, kemudian bolehlah dimasak (saya menggunakan periuk elektrik, untuk hasil terbaik)
2. Sila tambahkan sedikit gula dan garam
3. Ayam ambil 8 ketul ayam dan perapkan dengan bahan berikut : bawang besar,1/2 biji bawang putih,10 biji halia 1 inci.
4. Bahan ini di tumbuk halus kemudian dimasukkan kedalam ayam
5. Masukkan sos tiram sedikit kicap manis gaul semua sehingga sebati perap selama beberapa minit
6. Setelah itu barulah digoreng (sila simpan baki perapan ayam tadi untuk dimasak semula).

Sos baki perapan ayam
1. Ambil baki perapan tadi dan masak semula
2. Sila tambah bahan dibawah : sos tiram, kicap manis, kicap hitam, garam, gula
3. Tunggu sehingga mendidih dan angkat
4. Kemudian ambil ayam yang telah digoreng dan ketuk (cukup sekadar isi ayam tersebut pecah)
5. Ambil sos ini dan curahkan ke atas ayam tadi.


Sos merah
1. 8 biji cili hidup dikisar dengan sebiji bawang putih
2. air limau nipis (ambil 1/4 daripada sebiji limau)
3. garam,gula lagi lama diperap rasa semakin sedap (seeloknya dibuat pada malam hari)


Sayur
1. Seimbangkan nasi ayam dengan sayur seperti, timun, tomato buah dan juga salad.

Friday, February 11, 2011

Rendang Daging


Masakan rendang sudah pasti menjadi juadah kegemaran masyarakat Malaysia ketika menyambut Hari Lebaran. Selain rendang daging yang menjadi pilihan utama, terdapat juga rendang ayam dan rendang kerang.


Rendang daging sangat sedap dimakan bersama lemang atau ketupat. Malah dengan nasi kosong atau pulut kosong pun dah sedap.

Apapun, kali ni, mari kita belajar masak rendang daging untuk raya nanti.

Bahan-bahan

1 kilo daging, dipotong ikut suka
1 liter santan
½ cawan kerisik
2 keping asam keping, direndam, cuci bersih dan dihiris halus
2 helai daun limau purut
1 ketul gula melaka (sederhana besar)
4 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka

Bahan untuk dikisar

20 batang lada merah
20 batang cili padi thailand
500 gram bawang kecil
6 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
4 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 helai daun kunyit (batangnya dibuang)


Cara-cara

01.Bahan yang telah dikisar dimasukkan dalam kuali bersama daging.



02.Masak sebentar sehingga kering airnya sedikit, kemudian masukkan santan, gula melaka, kerisik, daun limau purut, asam keping, garam dan serbuk perasa.



03.Masak lagi sehingga ia kering. Angkat dan hidangkan.

Chocolate Banana Popsicle




Tiba sahaja waktu tengahari dan waktu sekolah tamat, biasanya kiri kanan jalan dihiasi dengan tawa kanak-kanak yang riang mengejar loceng motor si penjual aiskrim.

Kepada ibubapa, nanti dulu! Anda tidak lagi perlu menghabiskan wang untuk membeli aiskrim yang mahal-mahal tersebut, malahan tidak berkhasiat pula.

Sebaliknya, jom cuba resepi yang murah, boleh dibuat di rumah ini sebagai satu cara memenuhi masa lapang anak-anak, malah menggalakkan mereka memakan buah-buahan berkhasiat.

Resepi ini adalah satu projek menarik untuk kanak-kanak, dan juga untuk anda! Anda dapat mengasah kreativiti masing-masing (atau anak-anak anda) untuk menghias serta mencorakkan aiskrim masing-masing. Siapa yang tidak gemarkan aiskrim ketika cuaca panas terik, kan? (^_^)v

Bahan-bahan dan Peralatan

* 3 biji pisang yang tidak terlalu masak
* 150 gram cokelat separa manis
* 150 gram cokelat putih
* 3tsp shortening (vegetable fat)
* Sprinkles warna-warni
* Sprinkles cokelat
* 6 batang kayu aiskrim
* Kertas minyak (parchment paper)
* Measuring spoons
* 2 mangkuk kecil
* 2 sudu
* Cutting board

****Resipi untuk 6 batang aiskrim.


Cara-cara

01.Kupas kulit pisang dan potong pisang kepada dua bahagian. Cucuk kayu aiskrim di pisang tersebut hingga ke bahagian tengahnya, menjadikannya seperti aiskrim. Ketepikan "aiskrim-aiskrim" tersebut di atas cutting board atau piring plastik dan letakkannya di dalam freezer peti sejuk sementara anda persiapkan bahan-bahan lain. Pisang yang sejuk akan membuatkan cokelat mengeras lebih cepat.

02.Bentangkan kertas minyak di atas meja. Sediakan sprinkles. Masukkan cokelat separa-manis dan 1 1/2 tsp shortening ke dalam sebuah mangkuk. Microwavekan ia pada kekuatan 100% selama 30 saat. Kemudian, kacau, serta microwavekan sekali lagi. Ulang untuk kali ketiga, jika perlu, sehingga cokelat tersebut telah benar-benar cair. Ulangi untuk cokelat putih.

03.Ambil satu pisang dari dalam freezer (satu persatu). Letakkan di atas kertas minyak tersebut, dan tuangkan adunan cokelat tadi ke atasnya. Golek-golekkan pisang tersebut sehingga cokelat telah menyaluti kesemua permukaan pisang.

04.Hiaskan pisang tersebut dengan sprinkles yang anda sukai. Gunakan kreativiti anda atau anak anda untuk menghias pisang tersebut. Pegang pisang tersebut selama lebih kurang seminit, untuk membiarkan cokelat dan sprinkles tersebut melekat dengan kukuh. Setelah itu masukkan kembali ke dalam freezer.

05.Kaut/kikiskan/cedok kembali lebihan cokelat di atas kertas minyak sebentar tadi, dan masukkan kembali ke dalam mangkuknya. Cairkan semula dengan memasukkan ke dalam microwave sekali lagi selama 30 saat, jika ia terlalu pekat. Ulangi langkah-langkah di atas untuk baki pisang yang ada.

Setelah semua pisang telah siap disaluti cokelat dan dihias, masukkan ke dalam freezer peti sejuk selama 45-60 minit. Selepas itu, boleh dimakan seperti aiskrim~!

Tuesday, February 8, 2011

Gulai Lemak Cili Padi Ikan Keli

Fuh.. terkenang-kenang hidup di kampung, apatah lagi jika dekat dengan bendang, kalau setakat ikan keli, haruan dan belut tu apalah sangatkan.

Semuanya jadi mainan kehidupan zaman kanak-kanak.

Tak sah orang kampung cakap kalau tak pekena gulai lemak cili api ikan keli ni, terutamanya jika bertandang ke utara tanah air.

Untuk anda yang belum pernah mencubanya, silakanlah.

Bahan-Bahan

1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah)
1 biji kelapa - asingkan pati
15 - 25 biji cili padi
2 sisir pisang muda (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit
Limau kasturi
Garam secukup rasa


Cara Masakan

01. Kisar cili padi bawang, kunyit dan pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) bersama sedikit santan.

02. Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan.

02. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar. Kemudian masukkan lebihan santan cair dan kacau, jangan bagi pecah minyak.

03. Masukkan garam dan setelah ikan masak masukkan pati santan.

04. Tutupkan api, perahkan limau dan olehlah dihidangkan.

Gulai Tempoyak Ikan Patin



Sesetengah orang memang tak tahan dengan bau ikan darat (sungai, paya, tasik). Apatah lagi ada yang tidak pernah pun merasainya.

Gulai Tempoyak Ikan Patin salah satu gulai kampung kegemaran aku sejak dulu hingga kini, lebih-lebih lagi jika ikannya adalah dari sungai Pahang.

Kalau yang belum pernah rasa patut mencubanya. Pasti tak menyesal, sudah rasa pasti nak lagi. Insyaallah.



Bahan-bahan

10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak, nanti kurang sedap)
1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit)
5 cm lengkuas
3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
15 tangkai cili padi (jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan)
10 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur @asam keping
5 sudu tempoyak (lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat)
air secukupnya (untuk kuah banyak, masukkan air banyak)
garam secukup rasa
3 batang serai


Cara-cara

01. Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir.

02. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan) Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.

03. Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.

04. Masukkan ikan satu persatu. Hati-hati ya, kernan tekstur isi ikan patin lembut dan mudah terlerai/hancur jika dipegang terlalu kasar.

05. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana.

06. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.

Ohh ya.. untuk menambahkan lagi nikmat masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin ini juga boleh ditambahkan beberapa lagi jenis bahan antaranya sayur Timun Tua, Terung Bulat dan beberapa lagi jenis sayur-sayuran lain mengikut selera anda. Cubalah ye!

Kepah Tumis Bercili


Bahan-bahan:

2 kilo kepah
Sedikit air
1 sudu sos tiram
Sedikit air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan Di Kisar Halus:

5 biji cili merah
4 biji bawang merah
3 biji ulas putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm belachan yg telah dibakar
3 batang serai

* Kalau nak pedas tambah la beberapa biji cili api .

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan kacau sampai terbit bau wangi .

2. Masukkan sos tiram serta air asam jawa dan kacau kemudian masukkan semua kepah yang sudah dibersihkan dulu.

3. Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah garam . Jika kurang kuah tambah la sedikit air ikut pada citarasa kita la ya.

4. Kepah akan terbuka bila dah masak dan cengkerangnya akan bertukar warna